Sunday, January 9, 2011

Mesyuarat Agung KRS sesi 2011/2012

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Sekali lagi blog ini di update bagi menceritakan/berkongsi setiap aktiviti KRS. Pada 7 Januari 2011 satu mesyuarat Agung (Annual Grad Meeting) telah diadakan bagi memulakan sesi 2011/2012. Mesyuarat ini diadakan bagi menyerahkan surat perlantikan jawatan kepada semua AJK kelab dan memperkenalkan pimpinan baru kelab kepada ahli-ahli KRS secara rasminya. 

Selain itu, perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan telah dibentangkan dan dibincangkan bersama ahli kelab. Segala cadangan dan komen dari ahli-ahli kelab diterima dan akan dipertimbangkan. 

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Bersamalah kita membangunkan kelab dan semoga kita menjadi  graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Monday, November 1, 2010

AGM sesi 2010/2011

Pada 28 Oktober 2010 yang lepas, jam 8:00 malam, Kelab Rakan Siswa telah mengadakan Mesyuarat Agung (Annual Grand Meeting) bagi mengakhiri sesi 2010/2011. Antara agenda yang dijalankan pada malam tersebut adalah pembentangan aktiviti sepanjang sesi 2010/ 2011, perbentangan perbelanjawan dan perlantikan baru Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Rakan Siswa. Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam itu dihadiri oleh ahli-ahli Kelab Rakan Siswa dan penasihat (II) kelab iaitu Pn. Kamariah Derasol. 

Semoga pimpinan baru ini dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya justeru mengekalkan nama baik Kelab Rakan Siswa di dalam dan luar kampus. 

Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih. 

Saturday, October 16, 2010

Brenchmarking KRS UPM & Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam


Pada 10 Oktober 2010 yang lalu, Kelab Rakan Siswa, telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan satu program rakan pintar dengan rakan-rakan pelajar Badan Peer Kaunselor dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebagai salah satu usaha percambahan ilmu dan idea bersama barisan pelajar mereka.



Antara objektif program pintar ini adalah bertujuan mewujudkan satu forum yang bernilai kepada pelajar daripada kedua-dua universiti khususnya antara UPM dan UiTM bagi memantapkan lagi jaringan perhubungan, perkongsian maklumat dan percambahan fikiran untuk dimanfaatkan bagi kemajuan kelab dan ahli khususnya untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar lain di institusi pengajian. Ianya sesuai dengan slogan "Bantu diri untuk bantu orang lain"




Aktiviti ini juga memberi peluang kepada ahli KRS UPM dan PEERs UiTM Shah Alam bertukar pendapat tentang hala tuju dan pengurusan Kelab Pembimbing Rakan Siswa di institusi pengajian tinggi masing-masing. Ini sekaligus dapat mewujudkan rakan strategi antara kedua-dua universiti sebagai wadah pembangunan pengetahuan dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.



Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh penasihat PEERs UiTM iaitu En. Badrul Hisham Bin Hussein sekaligus merasmikan program tersebut. Di dalam program ini, Kedua-dua wakil daripada KRS UPM dan PEERs UiTM membentangkan program yang telah dijalankan oleh kelab masing-masing. Dari sini proses pertukaran pendapat dan nasihat berlaku di mana ianya jelas dilihat sebagai salah satu tindakan bijak bagi memantapkan lagi pengurusan kelab sekali gus membantu pelajar-pelajar berkomunikasi antara satu sama lain.




Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang memandangkan manfaatnya yang sangat besar disamping dapat mengeratkan hubungan anra kedua-dua institusi pengajian ini.

Sunday, September 19, 2010

Kem Induksi KRS








Terdapat pelbagai LDK yang telah dijalankan sepanjang kem ini yang bertujuan membentuk matlamat dan kaeah-kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. Satu slot ceramah yang disampaikan oleh Puan Kamariah Derasol; Pegawai Psikologi Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, telah berjaya menarik minat para peserta dan memberikan pelbagai input yang berguna kepada mereka. Walaupun jumlah peserta yang mengikuti kem ini lebih sedikit dari jumlah sasaran, namun kem ini boleh dikatakan berjaya mencapai objektifnya. Bagi KRS, kualiti lebih penting dari kuantiti di mana di kem ini, para fasilitator dapat mengawal dan memantau setiap peserta dan membolehkan mereka menonjolkan kelebihan masing-masing. Kualiti adalah penting supaya segala usaha yang dijalankan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan warga UPM khususnya dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan.



Selain aktiviti LDK dan ceramah, peserta juga dapat bergembira dan bersuka ria justeru mengukuhkan ikatan silaturrahim antara ahli kelab kerana kursus yang dijalankan lebih bersifat santai.



Pihak pengurusan KRS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada kesemua peserta dan fasilitator yang berjaya melalui kursus ini. Diharapkan agar semua ahli KRS dapat mengikuti aktiviti yang seterusnya yang akan diadakan di Ulu Yam sekitar bulan Oktober nanti.


Friday, September 10, 2010

Aktiviti Kelab

Maaf kepada semua kerana sudah lama ruangan ini tidak di update. Sepanjang kesepian ini, Alhamdulillah kami telah mengadakan beberapa perjumpaan bersama ahli termasuklah Perjumpaan Agong KRS yang telah diadakan pada 16 Julai 2010 yang lepas. Perjumpaan ini bertujuan bagi mengenali dan merapatkan lagi hubungan bersama ahli-ahli baru KRS yang baru mendaftar pada Julai tahun ini. Selamat datang diucapkan kepada semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk mengenali apa itu KRS. Manakala perjumpaan kali ke-2 KRS telah diadakan pada 15 Ogos 2010 bertujuan memberitahu dan membincangkan dengan ahli KRS mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan Insyaallah akan dijalankan pada tahun ini.
Bagi meraikan kahadiran ahli-ahli baru KRS dan juga memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada pada ahli-ahli lama, KRS akan mengadakan Kem Induksi kepada semua ahli terutama sekali AHLI-AHLI YANG BARU MENDAFTAR. Insyaallah Kem Induksi KRS ini akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 17-19 September 2010
Tempat: Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, Selangor
Kem Induksi ini diadakan pada setiap tahun pengambilan pelajar baharu. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan nanti. Sebarang aktiviti yang dijalankan akan di update kemudian.
Antara aktiviti yang dijalankan pada kem yang lepas:


Sempena hari yang mulia ini, KRS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua.