Sunday, March 14, 2010

T-Shirt KRS UPM


Design Baju KRS sudah siap. Warna tema adalah biru iaitu warna rasmi KRS. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehla berbuat demikian di FB group KRS atau boleyh juga meninggalkan butiran seperti berikut :

1- nama
2- no. yg boleh dihubungi
3- kolej
4- saiz

contoh:
1- nur fadhilah rosli
2- 013 634 3921
3- k17
4- XL

Harga sehelai : RM25
Tinggalkan butiran anda di ruangan Komen

Cepat! jadilah penempah terawal~

Sunday, February 7, 2010

10 Cara Memotivasi Diri Ketika Tertekan

Ketika Anda tertekan lakukanlah hal-hal di bawah ini:

1. Melakukan monolog dengan diri sendiri
Apa itu monolog? Monolog adalah Anda berbicara dengan diri sendiri, baik itu berusara maupun tidak. Berbicara pada diri sendiri sebenarnya terjadi setiap waktu, bahkan ketika Anda tidur, sebenarnya pikiran Anda terus “berbicara” hingga terpaparlah befrbagai mimpi.

Monolog dlm batin lebih sering terjadi sewaktu Anda berhadapan dengan masalah ketika sendirian. Pada saat itulah diri Anda sendiri melahirkan berbagai saran tanpa Anda ketahui sebabnya. Sebagian orang menyebutnya sbg suara hati. Dari sinilah tak jarang suatu tindakan diambil.

Tetapi, melakukan monolog juga harus yang positif, mis: Anda melakukan monolong dengan kata-kata: “Huh, sakitnya hati saya ini. Apa yang harus saya lakukan? Tampaknya sudah waktunya saya unjuk kekuatan. Kalau tidak dia akan terus menyangka saya takut.”

Untuk hal yang sama, Anda juga dapat melakukan monolong: “Huh, sakitnya hati saya. Saya hrs tunjukkan kemampuan dan prestasi saya biar tidak diremehkan lagi.”
Bukankah cara yang terkhir lebih baik?

Kesimpulannya: senantiasa positifkan monolog yang Anda lakukan, jika yang negatif juga datang, dampingi juga dengan yang positif.

2. Perbaiki atau perbaharui penampilan diri.
Mulailah dengan melakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini Anda tidak mempermasalahkan apakah pakaian yang Anda pakai digosok dengan rapi atau tidak, cobalah untuk kali ini gosoklah sampai licin.
Jangan terlalu pendiam, juga jangan terlalu heboh. Bersikaplah wajar2 saja dan berilah komentar ringan bila ada orang meminta pendapat dan diam ketika orang berbicara berkobar-kobar mengenai hal yang sensitif seperti, suku, agama, ras dan antar golongan.

3. Lakukan olah raga ringan.
Tubuh yang lunglai dan lamban dapat dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Lakukan olah otak juga dengan membaca, isi teka-teki silang, atau mencoba sesuatu yang menantang atau yang baru.

4. Senyum
Seorang filsuf pernah berkata bahwa sebuah senyuman yang tulus dapat membuat suasana hati lebih baik.

5. Tidurlah yang mencukupi.
Marah2, gelisah maupun merasa serba salah kadang2 bisa juga disebabkan oleh keletihan akibat kurang tidur atau tidak mendapat istirahat yang cukup. Beristirahatlah sejenak, bila perlu tidurlah.

6. Cari seseorang untuk berbagi atau diajak curhat.
Cari lah sahabat yang baik, berbudi dan beriman, karena selain ciri-ciri yang ada pada dirinya adalah cerminan kepribadian Anda, juga dapat senantiasa berdiri di sisi Anda dengan nasehat-nasehatnya yang kemungkinan besar membantu.

7. Curahkan di atas kertas.
Tulis atau curahkan semua yang membebani pikiran Anda ke ataas kertaas. Curahkan semuanya apa saja tanpa ragu. Lalu bakar dan kalau ada selokan atau sungai hanyutkanlah. Bisa Anda bayangkan leganya?

8. Tetapkan dalam hati bahwa Anda bisa menerima perubahan, dan bersedia untuk berubah.
Dunia senantiasa berubah, ilmu pengetahuan slalu bertambah. Orang yang tidak peduli dengan perkembangan baru akan tertinggal dan tergilas. Apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu tidak sama caranya dengan lima atau sepuluh tahun lalu, walaupun hasilnya mungkin sama. Maka jangan ragu2 untuk melakukan perubahan.
Teguhkan hati, kukuhkan tekad dan mantapkan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa perlu banyak mengandai-andai lagi. Lakukan perubahan sepenuh hati dan Anda akan melihat hasilnya nanti. Kesuksesan selalu berkaitan dengan kesungguhan, dan kesungguhan selalu berawal dari tekad kuat. Dan ingat, semua ini hanya akan terjadi jika Anda benar2 bersedia untuk melakukan perubahan.

9. Cari dan temukan hobi baru.

Percaya atau tidak, semua hobi kita suatu saat akan samapi ke penghujungnya. Dengan kata lain, setiap kegemaran kita ada batas hayatnya. Kalau ketika kecil kita suka main kelereng, mungkin sekarang tidak lagi. Mungkin ketika SMA, kita suka memanjat gunung, sekarang mungkin hanya sekali-sekali. Mungkin sewaktu remaja kita suka gonta-ganti pacar, kemungkinan besar sekarang sudah tidak lagi, dan sebagai gantinya lebih berkonsentrasi pada keluarga dan karir.
Tidak ada yang abadi, kecuali Tuhan dan perubahan itu sendiri. Semua yang ada dalam hidup kita ini ada batas jangka waktunya. Begitu juga dengan hobi, maka ketika Anda mulai merasakan hidup ini mulai jenuh, mulailah cari hal2 yang baru, yang dapat menjadi hobi Anda.

10. Mengingat Sang Pencipta
Terakhir, dalam usaha mencapai ketenangan, mengurangi atau bahkan menghilangkan tekanan dan kembali pada pikiran yang benar adalah dengan mengingat akan Tuhan. Sebagai manusia yang jauh dari sempurna kita harus sadar masalah hati tidak dapat diselesaikan bersumber dari lemahnya penghayatan agama.
Dipetik dari: http://www.kompasiana.com

Monday, January 25, 2010

Kecerlaluan personaliti


Personaliti secara kebiasaannya diberi maksud mengenai diri manusia itu dan diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Ia adalah kepentingan sosial dalam masyarakat itu sendiri dalam proses tingkah laku. Dikategorikan pula sebagai 'baik' atau sebaliknya. Malah dari aspek psikiatri, terdapat sesetengah orang gagal mengenal pasti personalitinya sendiri berikutan fenomena halusinasi mahupun delusi. Kedua-dua fenomena itu membuatkan penghidapnya gagal membezakan realiti dan fantasi.

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku dalam pelbagai situasi. Oleh itu, ramai pengkaji berpendapat kajian personaliti merupakan analisis saintifik ke atas perbezaan individu yang melibatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreatif terhadap perubahan persekitaran. Fokus utama mereka adalah untuk menghasilkan teori-teori yang menjelaskan cara bertindak balas yang unik bagi setiap individu terhadap persekitaran fizikal, sosial dan budaya. Penjelasan tersebut membawa kepada andaian yang diuji dan disokong oleh bukti yang empirikal.

Hakikat yang perlu disedari adalah penyakit atau gangguan mental memerlukan rawatan dan penjagaan yang lama dan berterusan. Penyakit mental adalah penyakit yang diakibatkan oleh gabungan pelbagai faktor fisiologi, patologi dan psikologi. Antara faktor penyebab penyakit mental sukar dirawat atau dipulihkan serta-merta adalah kerana kecederaan kepada otak, tekanan perasaan yang berpanjangan, gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, kemurungan yang berkekalan, rembesan hormon yang tidak normal, gangguan traumatik, penyalahgunaan dadah dan gangguan neurosis yang kronik.

Skizofrenia, kemurungan, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Bagaimanapun, skizofrenia adalah di antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur. Faktor penyebab adalah keturunan atau genetik dan kerap ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidapnya. Individu yang mempunyai ibu atau bapa skizofrenia mempunyai risiko 45 hingga 50 peratus mewarisinya.

Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine.

Antara gejala yang dialami oleh pesakit adalah perubahan emosi dan personaliti, perubahan pemikiran, perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi. Malah dikatakan amuk (mengamuk) juga merupakan penyakit psikiatri. Dalam budaya Melayu, seseorang itu dikatakan berani kalau sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengorbankan dirinya sendiri serta tidak menghiraukan bahaya yang mendatang. Dari aspek psikiatri, perlakuan itu lebih menjurus kepada kegagalan otak berfungsi dengan baik (tidak normal).

BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KERANA IA BERKEMUNGKINAN
SEKADAR FANTASI...

sumber : http://www.malaysiamaya.com

Tuesday, October 27, 2009

Tips Mengurangkan Tekanan


Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?

Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan perasaan.

Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni? ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.

Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan bertuah. Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.

Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda rasa. Selamat mencuba.



Artikel dipetik dari http://www.motivasibelajar.com

Thursday, October 22, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Siswa 2009/2010


Adalah dimaklumkan bahawa KRS UPM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2009/2010 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Oktober 2009
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Gazebo (Pusat Pelajar Luar Kampus)


Semua ahli berdaftar diminta hadir bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan KRS UPM pada masa akan datang. Andalah penentu segalanya!

p/s : Makanan dan merit disediakan.