Thursday, December 25, 2008

PENGUMUMAN PENTING

Kepada semua ahli Kelab Rakan Siswa Universiti Putra Malaysia, anda diminta memperbaharui keahlian dengan mengisi semula borang keahlian. Borang keahlian wajib diisi oleh ahli baru atau lama bagi tujuan semakan dan membolehkan anda terus kekal sebagai ahli Kelab Rakan Siswa UPM yang sah kerana rombakan dan tapisan besar-besaran akan dilakukan pada semester ini. Hasil perbincangan dengan penasihat kelab, ahli yang tidak aktif dan tidak memperbaharui keahlian akan digugurkan daripada menjadi ahli Kelab Rakan Siswa UPM. Bertindaklah segera bagi membolehkan anda menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang telah dan akan diatur untuk setiap ahli yang pastinya akan memberikan sustu pengalaman baru dan menarik untuk anda.

Monday, December 8, 2008

MUAT TURUN BORANG KEAHLIAN KELAB RAKAN SISWA

Kepada semua ahli KRS, anda diminta untuk mengisi borang pendaftaran baru bagi memudahkan proses kemaskini data keahlian kelab. Kepada mereka yang masih belum menjadi ahli dan berminat untuk menjadi ahli keluarga KRSUPM, anda juga dialu-alukan untuk menyertai kami. Borang pendaftaran boleh di muat turun di ruangan muat turun di bahagian bar sisi blog ini. Borang yang telah diisi boleh dihantar kepada presiden KRSUPM atau mana-mana exco KRSUPM untuk diproses. Kerjasama anda amat dihargai.

Cara-cara memuat turun keahlian dan menjadi ahli KRSUPM:
1. Klik pada pautan borang keahlian.
2. Klik download.
3. Simpan dokumen dalam mana-mana fail di dalam komputer anda.
4. Cetak dan lengkapkan borang keahlian yang telah dimuat turun.
5. Serahkan borang tersebut kepada presiden atau mana-mana exco untuk diproses.



P/S : Pentadbir blog KRSUPM mengucapkan salam aidiladha buat semua pengunjung beragama Islam. Bersama-sama kita hayati erti sebenar sebuah pengorbanan.