Thursday, August 11, 2011

KURSUS PENGURUSAN PELAJAR ASRAMA SEK. MEN ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN


Tarikh   :4 hingga 6 Mac 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat :Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak

  Kelab Rakan Siswa dengan kerjasama Seksyen Kaunseling dan Kerjaya Universiti Putra Malaysia telah berjaya melaksanakan satu lagi program berkaitan kursus pengurusan pelajar asrama di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak. Program yang dijalankan atas jemputan pihak sekolah tersebut adalah untuk berkongsi pengetahuan serta memberikan pendedahan tentang kemahiran dalam pengurusan masa sama yang seringkali menjadi punca kegagalan seseorang dalam menjalankan kehidupan secara sistematik dan seterusnya menyumbang ke arah ketidakberkesanan dalam proses pembelajaran. Kursus ini juga bermatlamat jelas untuk mendedahkan dan menjadi medan untuk setiap ahli KRS mengaplikasikan kemahiran sebagai seorang fasilitator selain berhasrat untuk mendedahkan kepada pelajar asrama Sek. Men. Abdul Rahman Talib akan aspek pengurusan masa yang efektif dan sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan kredibiliti pelajar asrama tersebut.

 Pelbagai aktiviti yang bersesuaian telah diadakan antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Team Building, Ceramah Mengenali Diri, Ceramah Pengurusan masa dan sebagainya. Alhamdulillah program ini telah mendapat maklum balas yang positif dari adik-adik yang mneyertai program tersebut termasuk pihak pentadbiran SMART. Diharapkan program seumpamanya ini dapat memberi madah ilmu yang tidak ternilai kepada para peserta dan juga kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat.




Tahniah dan seribu penghargaan kepada mereka yang bersama-sama menjayakan program seumpamanya ini.

Wednesday, February 2, 2011

Hubungan dua hala UPM dan UiTM Kota Bharu, Kelantan.


Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Kini satu lagi aktiviti yang dijalankan oleh KRS bagi mengeratkan hubungan antara universiti di mana KRS UPM telah mengadakan kunjungan je UiTM Kota Bharu di mana program ini diberi nama "Hubungan Dua Hala UPM dan UiTM KB". Lawatan ini juga merupakan lawatan balas oleh UPM ke UiTM KB. Lawatan ini telah diadakan pada 29 Januari 2011.

Namun begitu, lawatan ini telah diadakan di Pantai Cahaya Bulan dan beberapa aktiviti telah dijalankan. Program bersama UiTM ini mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kehadiran ahli KRS UPM di Pantai Cahaya Bulan disambut baik oleh pihak UiTM. Beberapa perbentangan telah dijalankan seperti pengenalan terhadap kelab oleh kedua-dua belah pihak dan juga pembentangan aktiviti yang telah dijalankan dan juga perancangan di masa hadapan. 

Selain itu, sebuah forum juga telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan mahasiswa yang berlaku di kampus-kampus. Di sini, kedua-dua belah pihak saling bertukar pendapat bagi menangani masalah yang timbul dalam kalangan mahasiswa di universiti. 

Pelbagai pandangan dan pendapat dapat dikongsi bersama bagi melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah cemerlang dari segi akhlak. 

Selesai program bersama UiTM KB, kami menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memantapkan lagi kemahiran insaniah dalam diri setiap ahli. Untuk memenuhkan masa yang ada, kami juga turut berkunjung ke Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dan Rantau Panjang. 

Program 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang memberi manfaat kepada semua ahli. Semua ahli sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap KRS dapat meneruskan lagi aktiviti dengan pengisian yang lebih baik. 



Forum antara UPM dan UiTM~

Ahli PRS UPM dan UiTM~

BBQ~

Makan bersama~

Melawat kampung~

Game~

Tugasan yang diberikan~
Beramah mesra bersama penduduk kampung~
Warming Up!

Game~

Bertindak mengikut arahan~

Shopping~

Memerah otak~

Persembahan~

Berkayak~

Ice-breaking~

Itulah sahaja yang dapat dikongsikan bersama di sini. Nantikan program yang seterusnya.

Sunday, January 9, 2011

Mesyuarat Agung KRS sesi 2011/2012

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Sekali lagi blog ini di update bagi menceritakan/berkongsi setiap aktiviti KRS. Pada 7 Januari 2011 satu mesyuarat Agung (Annual Grad Meeting) telah diadakan bagi memulakan sesi 2011/2012. Mesyuarat ini diadakan bagi menyerahkan surat perlantikan jawatan kepada semua AJK kelab dan memperkenalkan pimpinan baru kelab kepada ahli-ahli KRS secara rasminya. 

Selain itu, perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan telah dibentangkan dan dibincangkan bersama ahli kelab. Segala cadangan dan komen dari ahli-ahli kelab diterima dan akan dipertimbangkan. 

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Bersamalah kita membangunkan kelab dan semoga kita menjadi  graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.