Thursday, August 11, 2011

KURSUS PENGURUSAN PELAJAR ASRAMA SEK. MEN ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN


Tarikh   :4 hingga 6 Mac 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat :Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak

  Kelab Rakan Siswa dengan kerjasama Seksyen Kaunseling dan Kerjaya Universiti Putra Malaysia telah berjaya melaksanakan satu lagi program berkaitan kursus pengurusan pelajar asrama di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak. Program yang dijalankan atas jemputan pihak sekolah tersebut adalah untuk berkongsi pengetahuan serta memberikan pendedahan tentang kemahiran dalam pengurusan masa sama yang seringkali menjadi punca kegagalan seseorang dalam menjalankan kehidupan secara sistematik dan seterusnya menyumbang ke arah ketidakberkesanan dalam proses pembelajaran. Kursus ini juga bermatlamat jelas untuk mendedahkan dan menjadi medan untuk setiap ahli KRS mengaplikasikan kemahiran sebagai seorang fasilitator selain berhasrat untuk mendedahkan kepada pelajar asrama Sek. Men. Abdul Rahman Talib akan aspek pengurusan masa yang efektif dan sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan kredibiliti pelajar asrama tersebut.

 Pelbagai aktiviti yang bersesuaian telah diadakan antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Team Building, Ceramah Mengenali Diri, Ceramah Pengurusan masa dan sebagainya. Alhamdulillah program ini telah mendapat maklum balas yang positif dari adik-adik yang mneyertai program tersebut termasuk pihak pentadbiran SMART. Diharapkan program seumpamanya ini dapat memberi madah ilmu yang tidak ternilai kepada para peserta dan juga kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat.




Tahniah dan seribu penghargaan kepada mereka yang bersama-sama menjayakan program seumpamanya ini.