Saturday, October 16, 2010

Brenchmarking KRS UPM & Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam


Pada 10 Oktober 2010 yang lalu, Kelab Rakan Siswa, telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan satu program rakan pintar dengan rakan-rakan pelajar Badan Peer Kaunselor dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebagai salah satu usaha percambahan ilmu dan idea bersama barisan pelajar mereka.



Antara objektif program pintar ini adalah bertujuan mewujudkan satu forum yang bernilai kepada pelajar daripada kedua-dua universiti khususnya antara UPM dan UiTM bagi memantapkan lagi jaringan perhubungan, perkongsian maklumat dan percambahan fikiran untuk dimanfaatkan bagi kemajuan kelab dan ahli khususnya untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar lain di institusi pengajian. Ianya sesuai dengan slogan "Bantu diri untuk bantu orang lain"




Aktiviti ini juga memberi peluang kepada ahli KRS UPM dan PEERs UiTM Shah Alam bertukar pendapat tentang hala tuju dan pengurusan Kelab Pembimbing Rakan Siswa di institusi pengajian tinggi masing-masing. Ini sekaligus dapat mewujudkan rakan strategi antara kedua-dua universiti sebagai wadah pembangunan pengetahuan dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.



Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh penasihat PEERs UiTM iaitu En. Badrul Hisham Bin Hussein sekaligus merasmikan program tersebut. Di dalam program ini, Kedua-dua wakil daripada KRS UPM dan PEERs UiTM membentangkan program yang telah dijalankan oleh kelab masing-masing. Dari sini proses pertukaran pendapat dan nasihat berlaku di mana ianya jelas dilihat sebagai salah satu tindakan bijak bagi memantapkan lagi pengurusan kelab sekali gus membantu pelajar-pelajar berkomunikasi antara satu sama lain.




Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang memandangkan manfaatnya yang sangat besar disamping dapat mengeratkan hubungan anra kedua-dua institusi pengajian ini.