Wednesday, February 2, 2011

Hubungan dua hala UPM dan UiTM Kota Bharu, Kelantan.


Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Kini satu lagi aktiviti yang dijalankan oleh KRS bagi mengeratkan hubungan antara universiti di mana KRS UPM telah mengadakan kunjungan je UiTM Kota Bharu di mana program ini diberi nama "Hubungan Dua Hala UPM dan UiTM KB". Lawatan ini juga merupakan lawatan balas oleh UPM ke UiTM KB. Lawatan ini telah diadakan pada 29 Januari 2011.

Namun begitu, lawatan ini telah diadakan di Pantai Cahaya Bulan dan beberapa aktiviti telah dijalankan. Program bersama UiTM ini mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kehadiran ahli KRS UPM di Pantai Cahaya Bulan disambut baik oleh pihak UiTM. Beberapa perbentangan telah dijalankan seperti pengenalan terhadap kelab oleh kedua-dua belah pihak dan juga pembentangan aktiviti yang telah dijalankan dan juga perancangan di masa hadapan. 

Selain itu, sebuah forum juga telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan mahasiswa yang berlaku di kampus-kampus. Di sini, kedua-dua belah pihak saling bertukar pendapat bagi menangani masalah yang timbul dalam kalangan mahasiswa di universiti. 

Pelbagai pandangan dan pendapat dapat dikongsi bersama bagi melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah cemerlang dari segi akhlak. 

Selesai program bersama UiTM KB, kami menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memantapkan lagi kemahiran insaniah dalam diri setiap ahli. Untuk memenuhkan masa yang ada, kami juga turut berkunjung ke Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dan Rantau Panjang. 

Program 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang memberi manfaat kepada semua ahli. Semua ahli sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap KRS dapat meneruskan lagi aktiviti dengan pengisian yang lebih baik. 



Forum antara UPM dan UiTM~

Ahli PRS UPM dan UiTM~

BBQ~

Makan bersama~

Melawat kampung~

Game~

Tugasan yang diberikan~
Beramah mesra bersama penduduk kampung~
Warming Up!

Game~

Bertindak mengikut arahan~

Shopping~

Memerah otak~

Persembahan~

Berkayak~

Ice-breaking~

Itulah sahaja yang dapat dikongsikan bersama di sini. Nantikan program yang seterusnya.