Sunday, September 19, 2010

Kem Induksi KRS








Terdapat pelbagai LDK yang telah dijalankan sepanjang kem ini yang bertujuan membentuk matlamat dan kaeah-kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. Satu slot ceramah yang disampaikan oleh Puan Kamariah Derasol; Pegawai Psikologi Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, telah berjaya menarik minat para peserta dan memberikan pelbagai input yang berguna kepada mereka. Walaupun jumlah peserta yang mengikuti kem ini lebih sedikit dari jumlah sasaran, namun kem ini boleh dikatakan berjaya mencapai objektifnya. Bagi KRS, kualiti lebih penting dari kuantiti di mana di kem ini, para fasilitator dapat mengawal dan memantau setiap peserta dan membolehkan mereka menonjolkan kelebihan masing-masing. Kualiti adalah penting supaya segala usaha yang dijalankan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan warga UPM khususnya dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan.



Selain aktiviti LDK dan ceramah, peserta juga dapat bergembira dan bersuka ria justeru mengukuhkan ikatan silaturrahim antara ahli kelab kerana kursus yang dijalankan lebih bersifat santai.



Pihak pengurusan KRS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada kesemua peserta dan fasilitator yang berjaya melalui kursus ini. Diharapkan agar semua ahli KRS dapat mengikuti aktiviti yang seterusnya yang akan diadakan di Ulu Yam sekitar bulan Oktober nanti.


Friday, September 10, 2010

Aktiviti Kelab

Maaf kepada semua kerana sudah lama ruangan ini tidak di update. Sepanjang kesepian ini, Alhamdulillah kami telah mengadakan beberapa perjumpaan bersama ahli termasuklah Perjumpaan Agong KRS yang telah diadakan pada 16 Julai 2010 yang lepas. Perjumpaan ini bertujuan bagi mengenali dan merapatkan lagi hubungan bersama ahli-ahli baru KRS yang baru mendaftar pada Julai tahun ini. Selamat datang diucapkan kepada semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk mengenali apa itu KRS. Manakala perjumpaan kali ke-2 KRS telah diadakan pada 15 Ogos 2010 bertujuan memberitahu dan membincangkan dengan ahli KRS mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan Insyaallah akan dijalankan pada tahun ini.
Bagi meraikan kahadiran ahli-ahli baru KRS dan juga memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada pada ahli-ahli lama, KRS akan mengadakan Kem Induksi kepada semua ahli terutama sekali AHLI-AHLI YANG BARU MENDAFTAR. Insyaallah Kem Induksi KRS ini akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 17-19 September 2010
Tempat: Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, Selangor
Kem Induksi ini diadakan pada setiap tahun pengambilan pelajar baharu. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan nanti. Sebarang aktiviti yang dijalankan akan di update kemudian.
Antara aktiviti yang dijalankan pada kem yang lepas:


Sempena hari yang mulia ini, KRS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua.