Sunday, September 19, 2010

Kem Induksi KRS








Terdapat pelbagai LDK yang telah dijalankan sepanjang kem ini yang bertujuan membentuk matlamat dan kaeah-kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. Satu slot ceramah yang disampaikan oleh Puan Kamariah Derasol; Pegawai Psikologi Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, telah berjaya menarik minat para peserta dan memberikan pelbagai input yang berguna kepada mereka. Walaupun jumlah peserta yang mengikuti kem ini lebih sedikit dari jumlah sasaran, namun kem ini boleh dikatakan berjaya mencapai objektifnya. Bagi KRS, kualiti lebih penting dari kuantiti di mana di kem ini, para fasilitator dapat mengawal dan memantau setiap peserta dan membolehkan mereka menonjolkan kelebihan masing-masing. Kualiti adalah penting supaya segala usaha yang dijalankan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan warga UPM khususnya dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan.



Selain aktiviti LDK dan ceramah, peserta juga dapat bergembira dan bersuka ria justeru mengukuhkan ikatan silaturrahim antara ahli kelab kerana kursus yang dijalankan lebih bersifat santai.



Pihak pengurusan KRS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada kesemua peserta dan fasilitator yang berjaya melalui kursus ini. Diharapkan agar semua ahli KRS dapat mengikuti aktiviti yang seterusnya yang akan diadakan di Ulu Yam sekitar bulan Oktober nanti.


No comments: