Saturday, July 18, 2009

Kem Kepemimpinan SMT ERT Setapak

Pada 11 Julai 2009 yang lalu, KRS UPM telah dijemput untuk mengendalikan kem kepimpinan Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan Pembimbing Rakan Sebaya. Seramai 15 orang fasilitator telah mencurahkan segala ilmu yang termampu untuk membimbing bakal-bakal pemimpin SMT ERT Setapak. Modul-mudul yang dijalankan berjaya menarik minat para peserta dan rata-rata memberi komitmen sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Pihak sekolah menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga melalui guru penolong kanannya dan berharap agar pihak KRS dapat datang kembali dalam siri-siri kursus kepemimpina yang akan diadakan pada masa akan datang. Para fasilitator turut diberikan ole-ole berupa sebakul buah-buahan sebagai tanda mata daripada pihak sekolah diakhir program.

1 comment:

lawnmowerman said...

Tahniah! Tak sangka KRS semaju ini! Saya, Mohammad Zamani Bin Safie, Presiden KRS 2000/2001, dan ex-officio KRS 2001/2002. Saya banyak terhutang budi dengan KRS sehingga saya berada ditempat saya berada sekarang. Saya adalah Presiden KRS pertama dari student Fakulti Engineering. Sebelum ni Presiden adalah student Bimbingan dan Kaunseling Heheheh Pecah tradisi. zamani_safie@yahoo.com